Tuesday, May 20, 2014

Rukun solat mengikut pandangan 4 mazhab: Shafie, Maliki, Hanafi dan Hambali

RUKUN SOLAT MENGIKUT 4 MAZHAB

         1)  Rukun solat :13perkara
2)      Niat
3)      Takbiratul ihram’
4)      Berdiri tegak
5)      Membaca al-fatihah
6)      Ruku’
7)      Iktidal
8)      Sujud
9)      Duduk antara 2 sujud
10)  Duduk tahiyyat akhir
11)  Baca tahiyyat akhir
12)  Selawat
13)  Salam
14)  Tertib 


1. NIAT

Syafieyah dan Malikiyah :  Niat adalah fardhu solat
Hanafiyah dan Hanabilah : Niat adalah syarat (jika solat fardhu Wajib niat )

        2.TAKBIRATUL IHRAM
Fuqaha Malikiyah,Syafieyah,Hanabilah menyepakati lafaz Allahu Akhbar
Fuqaha Hanafiah: Lafaz Allahu Akhbar boleh diganti dengan lafaz lain yang semakna dengannya.


       3. BERDIRI TEGAK
Semua fuqaha bersepakat  bahawa ia termasuk dalam rukun solat.
Wajib hukumnya bagi orang yang mampu melakukan,jika tidak mampu boleh solat sambil duduk atau berbaring.

       4. MEMBACA AL-FATIHAH
Ø  Syafieyah, Malikiyah,Hanabilah:-
Al Fatihah adalah rukun solat
Ø  Hanafiah:-
Tidak termasuk rukun (yang menjadi rukun solat bagi mereka adalah bacaan dalam solat yang terdiri daripada al-Quran sama ada Al-Fatihah atau tidak)

Bacaan basmalah dalam Al Fatihah
Syafieyah: Basmalah adalah salah satu ayat dalam Al Fatihah, wajib dibaca.

Hanafiyah,Malikiyah,Hanabilah:Basmalah tidak termasuk dalam Al Fatihah tetapi

Hanafiyah dan Hanabilah:Hukum membacanya sunat
Malikiyah:Hukum membacanya adalah makruh

      5. RUKUK
  ü  Hanafiyah: Rukuk terlaksana dengan menundukkan kepala sehingga ia membongkok dan mendekati              keadaan rukuk.
  ü  Syafieyah,Hanabilah,Malikyah:Membongkokkan tubuh hingga kedua tapak tangan mencapai lutut, tanpa       mengendurkan tubuh.
     6. IKTIDAL 
  v  Rukun ini disepakati oleh Syafieyah,Malikiyah dan Hanabilah
  v  Rukun ini bukan rukun solat : Hanafiah
     7. SUJUD
    o   Hanafiah
-          Mensyaratkan penggabungan hidund dengan dahi.(menurut mazhab lain hukumnya sunat)
-          Ketinggina yang dapat membatalkan sujud apabila lebih daripada setengah hasta atau 22 ½ cm kecuali pada tempat yang sangat sempit sehingga terpaksa sujud di atas orang lain yang sedang solat di hadapannya.
    o   Hanabilah
-          Ketinggian yang membatalkan solat apabila ketinggian itu boleh mengeluarkan seseorang daripada solatnya.
    o   Syafieyah
-          Ketinggian yang membatalkan solat apabila tempat sujud melebihi ketinggian lutut kecuali apabila orang itu boleh mengangkat pinggulnya dan anggota badan yang ada sekitarnya melebihi ketinggian kepala.
    o   Malikiyah
-          Apabila tempat itu sangat tinggi dan berhubungan dengan tanah, maka tidak sah sujud padanya. Tetapi apabila ia tidak terlalu tinggi,sah sujud padanya.
  Kadar Sujud
        *      Malikiyah
Sujud di atas bahagian dahi yang paling mudah iaitu sebelah atas kening dan antara dua tepi dahi. Sunat meletakkan hidung di atas tempat sujud.

        *      Syafieyah, Hanabilah,Hanafiah
Jika tidak dapat sujud di atas bumi/seumpamanya bersama imam kerana kesesakan orang ramai maka boleh sujud di mana mana.

 Nota:Sujud dan kedua tangan, lutut, hujung jari kaki menyentuh bumi adalah sunat.

    8. DUDUK ANTARA DUA SUJUD
Rasulullah melakukan duduk ini dengan iftirasy (menghamparkan tapak kaki dan dijadikan tempat duduk, sementara tapak kaki kanan tegak lurus dan anak-anak jari menghadap kiblat.
·         Syafieyah, Malikiyah, Hanabilah: sepakat mengatakan bahawa ia adalah salah satu rukun solat.
·         Hanafiyah: Ia tidak termasuk rukun solat tetapi ia adalah sunat yang ringan namun ada ulamanya mengatakan wajib (sunat muakkad)
    9. DUDUK TASYAHHUD AKHIR
Rasulullah melakukannya secara tawarruk  (meletakkan punggung di lantai,manakala kaki kiri berada di bawah lengkungan kaki kanan
Kanan, tangan kiri atas peha kiri, tidal melebihi lutut sambil tangan kanan digenggam kecuali jari telunjuk.
Perbezaan Pendapat Dalam Hal Menggerakkan Telunjuk
·         Syafieyah- Berisyarat dengan telunjuk itu sekali sahaja ketika membaca kalimah إلا اللهdi hujung syahadat tauhid.  
·          Hanafiah-Mengangkat telunjuk sebanyak dua kali ketika membaca “ لا kemudian diturunkan dan digerakkan kembali ketika membaca إلا الله
·         Malikiyah-Menggerakkan telunjuk ke kiri dan ke kanan secara terus mulai  membaca tastahhud hingga selesai solat
·         Hanabilah-Menggerakkan telunjuk ketika menyebut nama Allah bagi mengisyaratkan keesaan Allah
   10. MEMBACA TASYAHHUD AKHIR
     o   Syafieyah: merupakn salah satu rukun
     o   Hanafiyah: ia sunat muakkad,bukan fardhu/rukun
     o   Malikiyah :Sunat,bukan rukun
     o   Hanabilah: Jika bacaan tasyahhud tertinggal solat adalah sah tetapu hukumnya makruh

Lafaz Tasyahhud

Syafieyah

التَّحياتُ المُبَارَكَاتُ الصَلَوَاتُ الطَّيّبَاتُ لله
السَّلاَمُ عَلَيكَ أَيٌّها النَّبيُّ وَرَحمَةُ الله وَبَرَكَاتُه
السَّلاَمُ عَلَينَا وَعَلَى عبَادكَ الصَّالحين
أّشهَدُ أَن لاَ إلَهَ إلاَّ اللَّه وَأَشهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّه
Fuqaha’ Syafie’yah mengatakan bahawa orang yg membaca tasyahhud itu hendaklah mendengar bacaannya sendiri dan bacaan itu tidak terputus-putus serta mesti menggunakan bahasa arab .

Hanafiyah dan Hanabilah

التَّحيَّاتُ للَّه والصَّلَوَاتُ الطَّيّبَاتُ للَّه
السَّلَامُ عَلَيكَ أيُّهَاالنَّبيُّ وَرَحمَةُ اللَّه وَبَرَكَاتٌه
السَّلَامُ عَلَينَا وَ عَلَى عبَاد اللَّه الصَّالحين
أَشهَدُ أَن لَا إلهَ إلَّا اللَّه
وَأَشهَدُ أنَّ مٌحَمَّدًا عَبدٌهٌ وَرَسُولُه

Malikiyah

 التَّحيَّاتُ للَّه والزَّاكيَاتُ للَّه والطَّيّبَاتُ للَّه والصَّلَوَاتُ للَّه
السَّلَامُ عَلَيكَ أيُّهَاالنَّبيُّ وَرَحمَةُ اللَّه وَبَرَكَاتُه
السًّلَامُ عَلَينَا وَعَلَى عبَاد اللَّه الصَّالحين
أَشهَدٌ أَن لَا إلَهَ إلَّا اللَّه وَأَشهَدُ أنَّ مٌحَمَّدًا عَبدٌهُ وَرَسٌولٌه
Lafaz tasyahhud bersumberkan ‘Umar ibn al-Khattab


   11. MEMBACA SELAWAT
Menurut riwayat Aisyah r.a :
اللَّهُمَّ صَلّ عَلَى محمَد وَعَلَى ءال محمد  كَمَا صليت على إبراهيم وءال
Malikiyah dan Hanabilah: tidak memasukkan rukun ini ke dalam rukun solat, hukum membacanya sunat
Syafie’yah dan hanafiah: membaca selawat wajib


   12. MENGUCAP SALAM             
Syafie’yah, Malikiyah dan Hanabilah:
Mengucapkan salam selepas solat adalah termasuk rukun solat
Riwayat dari Ali bin Abi Thalib bermaksud :
“Anak kunci (pembuka) solat itu adalah bersuci, yang mengharamkannya bertakbir dan yang menghalalkannya ialah salam
ž  Hadis riwayat Ahmad, Syafi’e, Abu Daud, Ibnu Majah dan Tarmizi
ž  Salam yang menjadi RUKUN SOLAT hanyalah salam yang pertama
Hanafiyah : mengucapkan salam bukan fardhu / rukun, tetapi hanya wajib, sedangkan wajib menurut mereka bermakna sunat muakkad
Berdasarkan sabda  Rasulullah saw ketika baginda mengajarkan tasyahhud kepada ibnu Mas’ud  :
إذَا قُلتُ هَذَا فَقَد قَضَيتَ صَلَاتَكَ إن شأتَ أن
Menurut Hanafiyah, berdasarkan hadis, Rasulullah tidak menyuruh ibnu Mas’ud untuk mengakhiri solatnya dengan salam. Maka jika seseorang itu keluar dari solatnya tanpa salam ,sah solatnya


   13. TERTIB
Mendahulukan rukun yang dahulu dan mengemudiankan yang kemudian. Lakukan solat menurut susunan rukun solat.
Semua fuqaha’ sepakat mengatakan bahawa tertib adalah rukun solat,kecuali hanafiyah.
Hanafiyah : tertib bukan rukun, tetapi syarat sahnya solat 


14 comments:

  1. aslmualaikum.bole tahu dari mana rjukkan info ni?? pkai bku apa?? sy ad research...

    ReplyDelete
  2. aslmualaikum.bole tahu dari mana rjukkan info ni?? pkai bku apa?? sy ad research...

    ReplyDelete
  3. banyak yang tidak tepat ni.. dan banyak yang salah ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. DIAM LA NIGGE.INILAH MELAYU SEMUA NAK SALAH PADAHAL DAH BANYAK RUJUKAN AKU TENGOK SAMA DAN BETUL JE.NI AKU BAGI HADIAH SIKIT _|_ THANKS ME LATER.BYE BITCH.

      Delete
    3. astagfirullah dah kenape...kite x tau mane betul kite sebagai manusia nak tau sahih ke x belajar jumpe lah mane2 imam ke bilal ke pastu pastikan...then cakap ape yang betul kite ni x tau mane tau yang ni betul?So jangan nak comment orang kalau diri sendiri x betul...and bagus sangatlah mencarut

      Delete
    4. yes pastu sedap2 je panggil orang nigge..resist entah die lagi putih dari kau...

      Delete
  4. sujud dengan 7 anggota menurut semua mazhab adalah syarat sah sujud. Kalau satu syarat tidak dipenuhi maka tidak sah solat. Bukan sunat. Hanya saja perbahasan 7 anggota itu yang bagaimana.Sebab dalam maksud satu hadith Nabi SAW, "aku diperintahkan sujud dengan 7 anggota"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak. Mazhab Hanafi tidak mensyaratkan 7 anggota. Rujuk kitab Mabsut karangan Imam al-Sarkhasi

      Delete
  5. Boleh Saya tahu rujukan ini diambil dari Mana.. ada buku dia Tak?Saya nak buat tesis

    ReplyDelete
  6. tahniah akhi..nice sharing and info..sblom tu, maaf boleh tahu marajik?

    ReplyDelete
  7. Syukran akhi😊😊😊 𝕤𝕖𝕞𝕠𝕘𝕒 𝔸𝕝𝕝𝕒𝕙 𝕓𝕖𝕣𝕜𝕒𝕥𝕚 𝕒𝕟𝕕𝕒 𝕒𝕒𝕞𝕚𝕟𝕟

    ReplyDelete
  8. bole saya tahu tahu sumber rujukan dari mana syeikh?

    ReplyDelete
  9. boleh saya tahu sumber rujukan ini diambil dari mana?

    ReplyDelete