Keadaannya :
1. Adakala nya ia dibalut dengan sesuatu seperti dibalut
dengan kain, plaster,
simen atau seumpamanya dan ditakuti akan mendatangkan
mudarat jika
dibuka balutan tersebut.
2. Adakalanya anggota yang sakit itu dibalut dengan sesuatu
tetapi tidak
mendatangkan mudarat jika dibuka balutan tersebut.
3. Adakalanya juga anggota tersebut tidak dibalut dengan
sesuatu.
Daripada ketiga-tiga keadaan ini, para ulama mazhab Syafi‘e
dan mazhab Maliki
masing-masing mempunyai pandangan mereka yang tersendiri
tentang cara
penyempurnaan wudhu’ dalam konteks yang telah disebutkan.
PANDANGAN MAZHAB SYAFI‘E
1) Anggota Sakit Yang Berbalut
Menurut pandangan mazhab Syafi‘e, jika sekiranya anggota
seseorang yang sakit
itu dibalut dengan sesuatu seperti kain, plaster, simen atau
seumpamanya dan
ditakuti akan memudaratkannya jika dibuka balutan tersebut,
maka dalam hal ini
wajib dia melakukan tiga perkara seperti berikut:
1. Membasuh bahagian anggota yang tidak sakit, termasuklah
juga sebelah
bawah di bahagian-bahagian tepi balutan jika terdaya
melakukannya dan
membasuh bahagian anggota-anggota lain yang tidak sakit.
Apa yang perlu dilakukan ketika membasuh bahagian anggota
tersebut
hendaklah berhati-hati, jangan sampai air mengalir sehingga
terkena
bahagian yang sakit.
2. Menyapu semua balutan yang membalut anggota yang sakit
dengan air,
iaitu sebagai ganti perbuatan membasuh bahagian anggota yang
tidak sakit
yang ditutup oleh pembalut.
Jika sekiranya pembalut atau plaster tersebut tidak menutupi
kecuali pada
bahagian yang sakit sahaja, maka tidaklah wajib ianya
disapu. Begitu juga,
jika sekiranya terdaya membasuh bahagian yang tidak sakit
yang tertutup
oleh pembalut, maka tidaklah wajib menyapu balutan tersebut
dengan air.
Oleh sebab tertib merupakan di antara rukun wudhu’ dalam
mazhab Syafi‘e,
maka apabila tiba masa untuk membasuh anggota sakit yang
tidak boleh
terkena air barulah disapu balutan tersebut dengan air.
Umpamanya, jika
terdapat luka yang berbalut pada tangan, maka hendaklah
dibasuh muka
terlebih dahulu, kemudian dibasuh bahagian tangan yang tidak
sakit dan
selepas itu barulah disapu balutan yang ada pada tangan itu
sebelum
menyapu kepala dan seterusnya membasuh kaki.
3. Bertayammum pada anggota tayammum iaitu muka dan dua
tangan untuk
anggota yang berbalut yang tidak boleh terkena air iaitu
sebagai gantinya.
Jika sekiranya anggota yang sakit atau luka itu terdapat di
bahagian
anggota tayammum tidaklah dituntut melalukan debu tanah pada
bahagian
tersebut.
Waktu melakukannya ialah apabila tiba masa membasuh anggota
sakit
yang tidak boleh terkena air barulah dia bertayammum kerana
memelihara
tertib wudhu’.
Oleh itu, jika terdapat luka yang berplaster pada muka, maka
hendaklah
bertayammum terlebih dahulu sebelum membasuh dua tangan.
Ataupun
luka tersebut terdapat pada tangan, maka hendaklah
bertayammum terlebih
dahulu sebelum menyapu kepala dan begitulah seterusnya.
Apabila terdapat dua anggota sakit yang berbalut maka
diwajibkan juga dua
tayammum, jika tiga anggota maka diwajibkan juga tiga
tayammum, dan jika
empat anggota maka diwajibkan juga empat tayammum, jika
penyakit yang
tidak boleh terkena air itu tidak terdapat pada keseluruhan
anggota wudhu’,
hanya yang tertentu sahaja, kecuali kepala. Umpamanya, hanya
separuh
muka dan separuh tangan sahaja yang sakit, maka wajib dua
tayammum.
Atau separuh muka, separuh tangan dan separuh kaki sahaja
yang sakit,
maka wajib tiga tayammum. Ataupun separuh muka, separuh
tangan dan
separuh kaki sahaja yang sakit, akan tetapi seluruh kepala
terkena penyakit,
maka dalam hal ini wajib empat tayammum.
Akan tetapi jika keempat-empat anggota wudhu’; seluruh muka,
seluruh dua
belah tangan, seluruh kepala dan seluruh dua belah kaki,
semuanya sakit
tidak boleh terkena air, maka memadailah dengan satu
tayammum sahaja.
Demikian juga, jika penyakit itu terdapat pada seluruh dua
anggota yang
berturut-turut, seperti muka dan dua belah tangan, ataupun
kepala dan dua
belah kaki, maka memadailah dengan satu tayammum bagi
tiap-tiap dua
anggota yang berturut-turut tersebut.
2) Anggota Sakit Yang Berbalut Yang Boleh Dibuka Atau Yang
Tidak Berbalut
Jika sekiranya anggota seseorang yang sakit itu dibalut
dengan sesuatu dan tidak
memudaratkan jika dibuka balutan tersebut, ataupun anggota
tersebut tidak dibalut
dengan sesuatu, maka dalam hal ini wajiblah dia melakukan
dua perkara seperti
berikut:
1. Membasuh bahagian yang tidak sakit atau luka daripada
bahagian anggota
tersebut. Begitu juga di bahagian anggota-anggota lain yang
tidak sakit.
Apa yang mesti dilakukan ketika membasuh bahagian anggota
yang tidak
sakit itu, hendaklah dia berhati-hati jangan sampai air
mengalir sehingga
terkena bahagian yang sakit, iaitu dengan cara meletakkan
sehelai kain
atau tuala yang basah di tepi bahagian yang kena sakit. Dengan
titisantitisan
air daripada kain atau tuala tersebut akan terbasuhlah
bahagian yang
tidak sakit yang berada di tepi anggota yang sakit. Jika
tidak mampu untuk
melakukannya sendiri bolehlah dia meminta bantuan daripada
orang lain.
Tidak diwajibkan menyapu dengan air pada bahagian yang sakit
seperti
luka, walaupun tidak memudaratkan jika disapu padanya. Akan
tetapi
disunatkan sahaja jika mahu melakukannya.
2. Bertayammum pada anggota tayammum iaitu muka dan dua
tangan iaitu
sebagai ganti tuntutan membasuh anggota yang sakit atau luka
yang tidak
boleh terkena air, sungguhpun anggota yang sakit atau luka
tersebut bukan
pada anggota tayammum.
Jika sekiranya anggota yang sakit atau luka itu terdapat di
bahagian
anggota tayammum wajiblah melalukan debu tanah pada bahagian
tersebut
jika tidak memudaratkan ketika bertayammum.
Waktu melakukannya ialah apabila tiba masa membasuh anggota
sakit
yang tidak boleh terkena air barulah dia bertayammum, kerana
memelihara
tertib. Hendaklah melakukan beberapa kali tayammum jika
bahagian yang
sakit atau luka itu melibatkan beberapa anggota wudhu’, itu
pun jika
sekiranya penyakit atau luka itu tidak terkena pada setiap
satu anggota
tersebut, sama seperti yang diterangkan terdahulu.
Akan tetapi jika keempat-empat anggota wudhu’, semuanya
sakit tidak
boleh terkena air, maka memadailah dengan satu tayammum
sahaja. Sama
halnya, jika penyakit itu terdapat pada seluruh dua anggota
yang berturutturut,
maka memadailah dengan satu tayammum bagi setiap dua anggota
tersebut, sama seperti yang diterangkan terdahulu.
Rukun Dan Syarat Tayammum Yang Berkaitan
Oleh sebab cara bersuci di atas melibatkan tayammum elok
rasanya dijelaskan
rukun-rukun dan syarat-syarat tayammum yang berkaitan dengan
konteks
perbincangan kertas kerja ini. Ini memandangkan kemungkinan
tayammum adalah
suatu perkara yang asing atau tidak biasa atau tidak pernah
dipraktikkan bagi
setengah orang berbanding dengan perkara wudhu’.
Rukun Tayammum
1. Memindahkan debu ke anggota tayammum.
2. Niat. Hendaklah berniat tayammum ketika memindahkan debu
untuk
menyapu muka, dan niat itu hendaklah berkekalan sehingga
terhasil sedikit
sapuan debu pada muka.
Terdapat tiga peringkat jenis niat tayammum, seperti
berikut:
i. Niat tayammum untuk mengharuskan sembahyang fardhu, niat
tayammum untuk mengharuskan tawaf fardhu dan niat tayammum
untuk
mengharuskan khutbah Jumaat.
Contoh niat bagi peringkat ini:
"نَوَيْتُ
التَّيَمُّمَ لاِسْتِبَاحَةِ َفرْضِ الصَّلاة / َفرْضِ
الطَّوَافِ / خُطْبَةِ الْجُمُعَةِ"
Ertinya: “Sahaja aku bertayammum untuk mengharuskan
sembahyang
fardhu / tawaf fardhu / khutbah Jumaat.”
ii. Niat tayammum untuk mengharuskan sembahyang sunat, niat
tayammum untuk mengharuskan tawaf sunat, niat tayammum untuk
mengharuskan sembahyang dan niat tayammum untuk mengharuskan
sembahyang jenazah.
Contoh niat bagi peringkat ini:
"نَوَيْتُ
التَّيَمُّمَ لاِسْتِبَاحَةِ نَفْلِ الصَّلاة / نَفْلِ
الطَّوَافِ / الصَّلاة / صَلاةِ الْجَنَازَة"
Ertinya: “Sahaja aku bertayammum untuk mengharuskan
sembahyang
sunat / tawaf sunat / sembahyang / sembahyang jenazah.”
iii. Niat tayammum untuk mengharuskan selain apa yang
disebutkan di
atas, seperti niat tayammum untuk mengharuskan menyentuh
atau
membawa mushaf dan sebagainya.
niat bagi peringkat ini:
نَوَيْتُ
التَّيَمُّمَ لاِسْتِبَاحَةِ مَسِّ اْلمُصْحَف / حَمْلِ
اْلمُصْحَف."
Ertinya: “Sahaja aku bertayammum untuk mengharuskan
menyentuh
mushaf / membawa mushaf.”
Apabila seseorang itu berniat tayammum sebagaimana yang
disebutkan
pada peringkat (i), maka dia boleh melakukan sekali ibadat
fardhu
sahaja, sama ada melakukan ibadat fardhu yang diniatkannya
ataupun
ibadat fardhu yang lain. Umpamanya dia berniat tayammum
untuk
mengharuskan sembahyang fardhu, akan tetapi dia melakukan
ibadat
tawaf fardhu dengan tayammum tersebut, maka hukumnya adalah
harus
dan sah ibadat tawafnya.
Di samping itu dia juga boleh melakukan ibadat-ibadat sunat
yang
disebutkan pada peringkat (ii) dan (iii) walaupun dengan
berulang-ulang.
Jika dia berniat tayammum sebagaimana yang disebutkan pada
peringkat (ii), maka dia boleh melakukan ibadat-ibadat sunat
tersebut
dan juga ibadat-ibadat sunat yang disebutkan pada peringkat
(iii)
walaupun dengan berulang-ulang. Akan tetapi dia tidak boleh
melakukan
ibadat fardhu dengan tayammum tersebut.
Jika dia berniat tayammum sebagaimana yang disebutkan pada
peringkat (iii), maka dia boleh melakukan ibadat-ibadat
sunat tersebut
walaupun dengan berulang-ulang. Akan tetapi dia tidak boleh
melakukan
ibadat fardhu dan juga ibadat-ibadat sunat yang disebutkan
pada
peringkat (ii) dengan tayammum tersebut.
3. Menyapu seluruh muka termasuk di atas hidung, di hadapan
hidung dan
lain-lain kawasan muka.
4. Menyapu dua tangan hingga ke siku.
5. Tertib. Iaitu didahulukan menyapu muka, kemudian menyapu
dua tangan
hingga ke siku.
Syarat-syarat Tayammum
Para ulama dalam mazhab Syafi‘e di dalam kitab-kitab mereka
berbeza-beza dalam
menyebutkan syarat-syarat tayammum. Berikut beberapa syarat
yang dapat
dikumpulkan melalui kitab-kitab berkenaan:
1. Islam.
2. Mumayyiz.
3. Terdapat kekhuatiran atau ketakutan jika menggunakan air
akan
mendatangkan mudarat.
4. Perbuatan memindahkan debu ke anggota-anggota tayammum
hendaklah
tidak kurang daripada dua kali. Yang afdhalnya ialah
sebanyak dua kali.
Makruh hukumnya memindahkan debu ke anggota-anggota tayammum
melebihi dua kali jika debu tersebut dapat diratakan ke
seluruh anggotaanggota
tayammum dengan dua kali pemindahan debu. Jika debu tidak
dapat diratakan ke seluruh anggota-anggota tayammum dengan
dua kali
pemindahan tersebut, maka hendaklah ditambah perbuatan
memindahkan
debu itu.
5. Tidak terdapat sesuatu yang menghalang debu tayammum itu
daripada
sampai ke anggota-anggota tayammum. Oleh itu jika seseorang
itu
memakai cicin di jari tangannya, maka hendaklah ianya
ditanggalkan
supaya tidak menghalang debu tayammum daripada sampai ke
tangannya.
6. Hendaklah dibersihkan terlebih dahulu segala najis yang
terdapat pada
badan orang yang bertayammum itu sebelum dia melakukan
tayammum.
7. Masuk waktu ibadat yang hendak dilakukannya dengan tayammum
tersebut, sama ada ibadat sunat ataupun ibadat fardhu. Ini
kerana,
tayammum merupakan cara bersuci (thaharah) yang dilakukan
kerana
darurat, dan tidak dikatakan sebagai darurat sebelum masuk
waktu.
Sebagai contoh, tidak sah tayammum seorang yang hendak
menunaikan
sembahyang fardhu Zuhur jika dia bertayammum sebelum masuk
waktu
sembahyang fardhu Zuhur.
Sebagai contoh lagi, tidak sah tayammum seorang yang hendak
menunaikan sembahyang sunat Dhuha jika dia bertayammum
sebelum
masuk waktu dhuha. Tidak sah tayammum seorang yang hendak
menunaikan sembahyang jenazah jika dia bertayammum sebelum
mayat
yang hendak disembahyangkannya dimandikan.
Adapun bagi ibadat sunat yang tidak mempunyai waktu, seperti
sembahyang sunat mutlak bolehlah dilakukan tayammum pada bila-bila
masa kecuali pada waktu yang ditegah melakukan sembahyang
sunat.
8. Hendaklah tanah atau pasir yang digunakan untuk tayammum
itu:
i. Mengandungi debu;
ii. suci lagi menyucikan;
iii. tidak musta‘mal, iaitu belum digunakan untuk mengangkat
hadas atau
mencuci kotoran;
iv. tidak bercampur dengan sesuatu seperti tepung, kapur,
za‘faran (kumakuma)
dan sebagainya.
9. Mempunyai maksud (qashd) memindahkan debu ke anggota
tayammum.
10. Berusaha (berijtihad) mencari arah qiblat sebelum
melakukan tayammum.
11. Melakukan tayammum setiap kali hendak melakukan
sembahyang fardhu
ataupun sembahyang yang wajib dengan sebab nazar.
Kesannya Terhadap Ibadat Sembahyang
Terdapat beberapa kesan yang timbul hasil daripada cara
penyempurnaan wudhu’
yang telah dijelaskan terhadap ibadat sembahyang. Ini dapat
dilihat melalui aspek
berikut:
1. Aspek bilangan sembahyang yang dibenarkan:
Oleh sebab cara penyempurnaan wudhu’ dalam konteks ini
melibatkan
tayammum, maka yang dibenarkan bagi orang yang mempunyai
keuzuran
seperti ini hanya satu sembahyang fardhu sahaja. Akan tetapi
dia dibolehkan
mengerjakan sembahyang sunat walaupun lebih daripada satu
sembahyang
sunat.
Jika dia ingin mengerjakan satu sembahyang fardhu yang lain
sedangkan wudhu’
dan tayammumnya masih belum terbatal, tidaklah perlu dia
membasuh anggota
wudhu’ dan menyapu balutan / plaster yang menutupi lukanya
sekali lagi, kerana
dia masih kekal suci. Cuma dia hanya wajib bertayammum,
kerana satu
tayammum hanya terbatas kepada satu ibadah fardhu sahaja.
2. Aspek tuntutan mengulang / mengqadha’ sembahyang yang
dilakukan:
i. Jika sekiranya anggota seseorang yang sakit atau luka itu
tidak dibalut
dengan sesuatu, lalu dia mengambil wudhu’ dengan membasuh
bahagian
yang tidak sakit, kemudian bertayammum sebagai ganti
tuntutan membasuh
anggota yang sakit atau luka itu, maka tidaklah perlu
diulang/diqadha
sembahyang yang telah dikerjakannya sepanjang dia mengalami
keuzuran
dan bersuci dengan cara demikian.
Melainkan jika sekiranya luka itu terdapat pada bahagian
anggota
tayammum iaitu muka dan dua tangan dan tidak dapat
menyapunya dengan
debu ketika bertayammum kerana ditakuti akan memudaratkan,
maka
dalam hal ini wajiblah diulang/diqadha sembahyang apabila
sembuh.
ii. Jika sekiranya anggota yang sakit atau luka itu dibalut
atau berplaster, lalu
dia mengambil wudhu’ dengan membasuh bahagian anggota yang
tidak
sakit, menyapu balutan atau plaster yang membalut anggota
yang sakit
dengan air, kemudian bertayammum sebagai ganti tuntutan
membasuh
anggota yang sakit atau luka itu, maka diwajibkan ke atasnya
mengulangi/mengqadha sembahyang yang telah dikerjakannya
sepanjang
dia mengalami keuzuran dan bersuci dengan cara demikian,
dalam tiga
keadaan berikut:
a. Jika sekiranya pembalut atau plaster yang membalut
anggota yang
sakit itu terletak pada bahagian tertentu anggota tayammum
iaitu muka
dan dua tangan, sama ada ketika hendak memakai pembalut itu
dia
dalam keadaan suci daripada hadas ataupun tidak, dan sama
ada
pembalut itu menutupi bahagian anggota yang tidak sakit ataupun
tidak.
b. Pembalut atau plaster yang membalut anggota yang sakit
itu terletak
pada bahagian bukan daripada anggota tayammum, tetapi
diletakkan
atau dipakai ketika dalam keadaan berhadas, dan pembalut itu
menutupi bahagian anggota yang tidak sakit, walaupun kerana
keperluan untuk mengikat pembalut itu.
c. Jika sekiranya pembalut atau plaster yang membalut
anggota yang
sakit itu terletak pada bahagian bukan daripada anggota
tayammum
dan diletakkan atau dipakai ketika dalam keadaan suci
daripada
hadas, akan tetapi pembalut itu menutupi bahagian anggota
yang tidak
sakit melebihi had yang diperlukan.
Contoh Bagaimana Mempraktikkan
Bagi kemudahan memahami masalah yang kita bincangkan
dibawakan beberapa
contoh seperti berikut:
Contoh pertama:
Seseorang yang mengidap penyakit kulit atau luka pada tangan
dan terpaksa
diplaster atau dibalut dan tidak dapat membuka plaster atau
pembalut tersebut
kerana ditakuti akan melambatkannya sembuh daripada penyakit
itu ataupun akan
menyebabkannya terasa sakit jika dibuka, maka dalam hal ini
bolehlah dia
mengambil wudhu’ dengan cara berikut:
i. Pertama sekali hendaklah dia mengambil wudhu’ seperti
biasa iaitu
dimulakan dengan membasuh muka disertakan dengan niat.
ii. Selepas membasuh muka disusuli dengan membasuh bahagian
tangan
yang tidak sakit, kemudian menyapu bahagian tangan yang
sakit yang
berplaster dengan air.
iii. Selepas itu bertayammum dengan debu tanah, iaitu dengan
meletakkan
atau menepuk kedua tapak tangan dalam keadaan kering di atas
debu,
kemudian memindahkan debu ke muka sambil berniat, lalu
menyapu muka.
Selepas itu, letakkan atau tepuk kedua tapak tangan di atas
debu sekali
lagi, kemudian memindahkan debu tersebut ke tangan, lalu
menyapu kedua
tangan hingga ke siku.
iv. Ataupun boleh juga dilakukan, selepas membasuh muka
disusuli dengan
bertayammum sebagai ganti membasuh tangan yang berplaster
dan
hendaklah tangan itu kering, kemudian baru membasuh bahagian
tangan
yang tidak sakit, seterusnya menyapu bahagian tangan yang
sakit yang
berplaster dengan air.
v. Kemudian menyapu kepala, dan akhir sekali membasuh kedua
belah kaki
serta dua buku lali.
Oleh kerana anggota yang sakit itu adalah tangan yang
merupakan anggota wudhu’,
maka terdapat kekurangan pada wudhu’ itu, kerana tangan
tidak dapat dibasuh
dengan sepenuhnya disebabkan plaster yang menutupinya.
Tambahan pula tangan
yang sakit itu merupakan anggota tayammum, maka terdapat
juga kekurangan pada
tayammum. Ini bererti pengganti (tayammum) itu kurang dan
yang kena ganti
(wudhu’) itu pun kurang. Oleh itu, hendaklah orang yang
bersuci (berwudhu’) dengan
cara demikian mengulang/mengqadha semua sembahyang yang
dikerjakannya
selama dia memakai plaster tersebut apabila sakit atau luka
itu sudah sembuh.
Contoh kedua:
Seorang mengalami sakit kaki dan kakinya itu dibalut dengan
plaster simen
(bersimen) yang tidak boleh dibuka ketika hendak mengambil
wudhu’. Maka dalam
hal ini bolehlah dia mengambil wudhu’ dengan cara berikut:
i. Pertama sekali hendaklah dia mengambil wudhu’ sebagaimana
biasa, iaitu
dimulai dengan membasuh muka berserta niat, kemudian
membasuh kedua
belah tangan dan menyapu kepala.
ii. Selepas itu membasuh bahagian kaki yang tidak bersimen
(yang tidak sakit)
sebagaimana biasa, kemudian menyapu plaster simen dengan air
iaitu
setakat bahagian kaki yang termasuk di dalam anggota wudhu’.
iii. Selepas itu barulah bertayammum iaitu menyapu muka dan
kedua belah
tangan dengan debu tanah sebagai ganti anggota kaki yang
bersimen yang
sukar untuk dibuka balutannya.
Dalam hal ini, hendaklah orang yang berwudhu’ dengan cara
demikian
mengulang/mengqadha semua sembahyangnya yang dikerjakannya
selama dia
memakai plaster simen tersebut, jika sekiranya ketika dia
meletakkan plaster
tersebut untuk membalut kakinya dia dalam keadaan berhadas.
Contoh ketiga:
Seorang yang mengidap penyakit kulit seperti kudis, kurap
dan sebagainya pada
bahagian tertentu di mukanya, tanpa ditampal dengan plaster,
maka dalam hal ini
bolehlah dia mengambil wudhu’ dengan cara berikut:
i. Pertama sekali, bolehlah dia bertayammum terlebih dahulu,
iaitu menyapu
muka dengan debu tanah termasuk pada bahagian yang sakit
jika tidak
memudaratkan. Jika ditakuti akan mendatangkan mudarat, tidak
diwajibkan
menyapu pada bahagian yang sakit. Kemudian menyapu kedua
belah
tangan dengan debu. Dengan demikian selesailah tayammum.
ii. Selepas bertayammum barulah membasuh bahagian muka yang
tidak sakit.
Apa yang mesti dilakukan ketika membasuh bahagian tersebut
hendaklah
dia berhati-hati, jangan sampai air mengalir sehingga
terkena bahagian
yang sakit kerana ditakuti akan memudaratkan, iaitu dengan
cara
meletakkan sehelai kain atau tuala yang basah di tepi
bahagian yang kena
sakit. Dengan titisan-titisan air daripada kain atau tuala
tersebut akan
terbasuhlah bahagian yang tidak sakit yang berada di tepi
anggota yang
sakit. Jika tidak mampu untuk melakukannya sendiri bolehlah
dia meminta
bantuan daripada orang lain.
Tidak diwajibkan menyapu dengan air pada bahagian yang sakit
walaupun
tidak memudaratkan jika disapu padanya. Akan tetapi
disunatkan sahaja jika
mahu melakukannya.
iii. Selesai membasuh muka disusuli pula dengan membasuh
kedua belah
tangan, menyapu kepala dan membasuh kedua belah kaki. Maka
dengan itu
selesailah wudhu’.
Dalam hal ini, tidaklah perlu diulang/diqadha sembahyang
orang yang bersuci
dengan cara demikian, jika sekiranya dia dapat menyapu
bahagian muka yang sakit
dengan debu tanah ketika bertayammum. Akan tetapi jika
sekiranya dia tidak dapat
menyapunya dengan debu tanah maka wajiblah diulang/diqadha
sembahyangnya.
Perkara Yang Perlu Dilakukan Apabila Sembuh
Seorang yang bersuci melalui kaedah yang telah diterangkan
apabila sembuh
daripada penyakit atau luka yang dihidapinya, hendaklah dia
mengulangi atau
mengqadha sembahyang yang telah dilakukannya sepanjang dia
memakai plaster
atau pembalut di badannya. Itu pun jika sekiranya dia
tertakluk dalam keadaan yang
mewajibkan dia mengulangi atau mengqadha sembahyangnya (sila
rujuk keterangan
yang telah lalu).
Di samping itu, jika sekiranya dia sembuh dan masih dalam
keadaan suci daripada
hadas kecil, maka batallah tayammumnya dan hendaklah dia
membasuh bekas
anggota yang sakit itu. Itu pun jika anggota yang sakit itu
termasuk dalam anggota
wudhu’. Tidak perlu baginya memperbaharui wudhu’. Cuma yang
mesti
dilakukannya ialah membasuh, mulai dari bekas anggota yang
sakit sehinggalah
anggota- anggota wudhu’ seterusnya. Umpamanya, bekas anggota
yang sakit itu
ialah tangan, maka dia mulai membasuh dari tangan, kemudian
menyapu kepala
dan seterusnya membasuh kaki. Ini adalah disebabkan untuk
memelihara tertib yang
disyaratkan dalam wudhu’.
Begitulah cara mengambil wudhu’ dalam keadaan yang tidak
mengizinkan
seseorang menggunakan air untuk membasuh sesuatu anggota
yang wajib dibasuh
ketika mengambil wudhu’, disebabkan terkena penyakit atau
luka, sepertimana
mengikut pandangan mazhab Syafi‘e.
No comments:
Post a Comment